Kenapa Laman Web Bisnes Anda Perlu Berada Di Halaman Pertama Google Search

1st Page

Google, anda bukan sahaja mempercayainya tetapi anda memerlukannya untuk memudahkan carian anda di laman web. Sangat berkuasa dan berpengaruh, ia dapat menentukan laman web mana yang relevan dan menentukan ranking setiap laman web.
Pastinya anda berasakan perniagaan kecil anda tidak akan mampu berada di halaman pertama google, tetapi anda salah.
Dengan memastikan laman web anda menepati kriteria Google, bila-bila masa sahaja anda akan dapati laman web anda berada disana dengan "keyword" yang tepat!

Saya kongsikan 4 sebab kenapa laman web bisnes anda perlu berada di halaman pertama google search

Memperkenalkan Bisnes Anda Kepada Pelanggan Baharu

Penting untuk website bisnes anda berada dihalaman pertama, bayangkan anda mempunya kedai fizikal, anda akan membinanya di tepi jalan yang sibuk atau sunyi? Pastinya jalan yang sibuk lebih ramai pelanggan, betul?
Google mempunyai 167 Bilion carian setiap bulan, jadi berada di halaman pertama sama seperti membina kedai di tepi jalan yang sibuk.

Menampilkan Kewujudan Bisnes Anda Di Atas Talian

Bukan sahaja ramai orang dalam talian hari ini, mereka menggunakan internet untuk membuat keputusan pembelian.
Sebenarnya, 81% pembeli melakukan penyelidikan dalam talian sebelum membeli. Dengan ulasan, peta, penilaian, dan penerangan, halaman hasil enjin carian Google semata-mata memberikan banyak 
maklumat-sebelum pengguna mengklik hasilnya!
Sama ada orang mengklik pada laman web anda atau tidak, berada di halaman pertama Google adalah penting kerana meletakkan bisnes anda di depan orang yang mencarinya. Ia seperti bisnes anda di jalan yang paling sibuk di bandar yang dipenuhi dengan pelanggan yang mungkin berminat dengan bisnes anda.

Tingkatkan Trafik Ke Laman Web Bisnes Anda

Halaman pertama Google menghasilkan kira-kira 10 hasil carian, dan memandangkan 91% pengguna tidak pernah pergi ke halaman kedua, ia seolah-olah 10 hasil carian ini sudah cukup. Hanya dengan berada di halaman pertama, pengguna akan klik untuk melayari laman web bisnes anda. Tidak berada di halaman pertama seolah-olah bisnes anda tidak wujud!

Meningkat Kepercayaan Pelanggan Kepada Bisnes Anda

Pertama sekali, Google adalah platform yang banyak digunakan dan dipercayai pengguna untuk membuat carian,
berada di halaman pertama Google adalah seperti memberitahu orang bahawa laman web anda dipercayai Google.
Jika pengguna mempercayai Google, dan Google mempercayai anda, pengguna secara automatik turut mempercayai laman web anda!

Berada di halaman pertama Google, atau sekadar meningkatkan ranking anda, boleh dilakukan, walaupun untuk perniagaan kecil.
Ia memerlukan kerja dan masa, tetapi ia adalah salah satu perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan
untuk perniagaan anda.
Saya menyediakan perkhidmatan membina laman web untuk perniagaan, korporat dan lain-lain, setiap laman web yang saya bangunkan akan dipastikan memenuhi kriteria yang diperlukan Google untuk merebut halaman pertama.
Hubungi saya secara Whatsapp / Telegram : +60189499690
Layari laman web saya untuk maklumat berkaitan portfolio dan pakej yang ditawarkan : www.thesites.com.my

 

0
0
0
s2sdefault

© 2018 The Sites All Rights Reserved | Web Dev | Management