Minisite : Bagaimana Ia Membantu Dalam Perniagaan Online Anda


pakej minisite

 

Anda semua telah mendengar tentang laman web tetapi apa itu minisite? Sebenarnya ia sama seperti namanya versi mini laman web. Biasanya ia satu halaman dan mungkin hanya satu produk atau subjek.

Contohnya jika syarikat anda mempunyai beratus produk di laman web dan anda mungkin ingin menumpukan perhatian pada salah satu produk anda yang paling laris atau yang pelanggan banyak memberi feedback.

Bagaimana Minisite Boleh Membantu Perniagaan Anda:

Web Developer boleh membangunkan minisite yang hanya memberi tumpuan kepada produk ini. Ia mungkin mempunyai grafik dan video khas dan hanya akan bercakap mengenai produk ini. Laman ini mungkin hanya untuk waktu yang singkat sehingga kempen iklan dilakukan atau hingga 'viral' surut mengenai produk tersebut.

Ia juga boleh digunakan dari segi industri yang berkaitan dengan perkhidmatan, sebuah syarikat hartanah mungkin mempunyai laman web rasmi mengenai semua projek yang mereka telah disenaraikan tetapi menjadikan minisite untuk menekankan satu-satu projek sahaja.

Broker hartanah boleh memutuskan bahawa mereka mahukan minisite  mengenai hartanah tertentu yang mereka mahu jual dengan cepat kerana memberi komisen yang tinggi. Minisite ini kemudiannya boleh diturunkan sebaik sahaja harta itu telah dijual.

Adakah Minisite Tepat Untuk Anda?

Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menggunakan minisite  jika anda adalah pemilik perniagaan kecil dan hanya memerlukan laman web dengan beberapa halaman maklumat mengenai anda dan syarikat anda. Sekiranya anda seorang pemilik perniagaan kecil, anda boleh mempunyai minisite  5-10 halaman maklumat yang dibuat dengan cepat dan murah.

Dengan WordPress atau Joomla, anda boleh mempunyai minisite dalam jangka masa seminggu jika anda mengupah web developer yang tahu apa yang mereka lakukan.

Jika anda akan menggunakan laman web minisite anda untuk menjual produk anda secara dalam talian, anda boleh membuat beberapa halaman jualan laman web yang berbeza dan menguji dan 'tweak' setiap halaman jualan untuk melihat mana yang terbaik dan membawa 'conversion rate' yang tinggi.

Kini anda sudah faham betapa berkuasanya minisite samada untuk perniagaan online kecil atau pemilik laman e-commerce.

Minisite (juga Niche Sites) juga sangat popular di kalangan laman blog mini untuk merebut halaman pertama Google di mana mereka boleh mendapatkan komisen untuk setiap jualan yang datang melalui laman web mereka (dengan asumsi pembelian melalui pautan mereka).

Jika anda ingin minisite yang merebut 1st Page Google atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai minisites, sila hubungi 6018-9499690, saya salah seorang web developer profesional atau lawat laman web saya di https://www.thesites.com.my

Terjemahan Dari : Sumber

0
0
0
s2sdefault

© 2018 The Sites All Rights Reserved | Web Dev | Management