Kenapa Anda Perlukan Emel Custom Untuk Perniagaan Online ?


custom email

 

Jika memiliki laman web untuk perniagaan anda adalah matlamat tahun ini, tambahkan satu lagi perkara dalam senarai tugasan anda: mencipta alamat e-mel custom!

Matlamat penjenamaan perniagaan anda adalah untuk memastikan bahawa pelanggan berpotensi kenal jenama anda, dan anda kelihatan profesional. Sama seperti anda akan mempunyai URL tersuai (custom) untuk laman web anda dan bukannya seperti 'mybusiness.wordpress.com', anda juga memerlukan alamat e-mel custom untuk menyediakan penjenamaan yang konsisten.

Berasa leceh untuk memiliki e-mel custom? Berikut adalah beberapa sebab lain mengapa anda benar-benar memerlukannya untuk perniagaan anda.

1. @Gmail atau @Yahoo Berbunyi 'Tidak Profesional!'
Jika hujah anda terhadap alamat e-mel custom adalah bahawa Gmail dan Yahoo adalah akaun percuma yang sangat baik, pertimbangkan ini: e-mel yang mana lebih meyakinkan anda jika dibandingkan 2 e-mel dibawah :

MoonLuv235@gmail.com -Atau-  sales@businessname.com

Menggunakan alamat e-mel percuma akan mengurangkan nilai yang anda ingin tawarkan kepada pelanggan anda. Mereka terlalu sibuk cuba untuk mencari tahu mengapa anda tidak menggunakan e-mel domain khusus untuk perniagaan anda. Dan juga pesaing anda semua sudah menggunakan alamat e-mel custom, itu mungkin menjadi faktor tunggal yang mengalih pelanggan anda ke sana.

Anda betul-betul berfikir bahawa alamat e-mel tidak boleh menaikkan kredibiliti anda? Anda SALAH. Pastikan tanggapan pelanggan berpotensi tidak diganggu oleh akaun e-mel percuma.

2. Anda sudah pun membayar E-mel Custom!
Setiap domain yang anda miliki sebenarnya sudah pun disertakan bersekali dengan akaun e-mel percuma untuk anda. Pastikan penyedia domain anda memberikan option tersebut. Setting untuk e-mel ini adalah mudah. Di The Sites, kami menyediakannya untuk anda secara PERCUMA !!

3. Anda Boleh Menyeragamkan Alamat E-mel
Ini penting terutamanya apabila anda mengembangkan kakitangan anda: apabila anda mempunyai alamat e-mel custom anda sendiri, anda boleh menggunakan format untuk semua alamat e-mel yang lain. Jadi mungkin anda menggunakan firstname@company.com atau firstname[first]lastname@company.com. Ini memberikan konsistensi dalam perniagaan anda, dan pelanggan dapat dengan mudah mengingati alamat e-mel perniagaan anda.

Apabila anda menggunakan e-mel percuma, anda perlu merebut nama pengguna yang masih ada. Jika nama anda adalah Muhammad Rafiq, jika bernasib baik anda boleh mendapat e-mel tersebut tanpa menambah semua jenis aksara dan nombor ke alamat, seperti MuhammadRafiq_1234@gmail.com!

4. Apabila Seseorang Meninggalkan Syarikat Anda, Anda Masih Mengawal
Apa yang berlaku apabila pengurus pemasaran anda berhenti dan membawa e-mel peribadi dengannya? Jika dia menggunakannya untuk menjalankan perniagaan untuk organisasi anda, anda tidak akan dapat mengakses e-mel tersebut.

Sebaliknya, jika anda menyediakan akaun di bawah namanya, anda boleh mengalihkan e-mel tersebut ke pengurus pemasaran yang baru dilantik. Atau, anda boleh membuat e-mel generik untuk peranan tertentu, seperti marketingmanager@domainanda.com supaya pekerja baru hanya mengambil alih pengurusan akaun tersebut. Mereka hanya perlu menukar nama paparan kepada nama mereka sendiri.

5. E-mel Custom Membantu Pemasaran Untuk Anda
Pernahkah anda melihat alamat e-mel seseorang pada kad perniagaan dan mencari di laman web kerana anda ingin tahu? Itu tidak berlaku dengan alamat e-mel percuma. Tetapi, jika anda menggunakan domain anda di laman web anda, anda akan mendapat jenama anda di promosi secara tidak langsung.

Alamat e-mel itu harus muncul dalam tandatangan e-mel setiap pekerja, serta pada kad perniagaan dan bahan pemasaran. Setiap tempat yang anda mempunyai alamat e-mel adalah satu lagi peluang untuk menarik perniagaan atau pelanggan baru!

6. Anda Boleh Buat Sebanyak MMana E-mel Yang Anda Mahu
Walaupun anda seorang Freelancer atau berseorangan, anda boleh membuat e-mel untuk tujuan yang berlainan seperti jualan, khidmat pelanggan, pesanan, dll. Ini dapat memberi gambaran bahawa perniagaan anda lebih besar daripada itu dan sekiranya satu hari anda mempunyai pekerja, anda boleh memberikan alamat e-mel tersebut kepada mereka.

Tips untuk Mencipta Alamat E-mel Custom Anda
Mulakan dengan nama domain mudah. Yang lebih pendek, lebih baik. Pastikan mudah untuk mengeja dan mengucapkannya.

Tentukan konvensyen penamaan untuk semua e-mel untuk kakitangan anda. Biasanya syarikat menggunakan:

Nama pertama nama akhir
-- Firstinitial.lastname
-- Nama pertama
-- Peranan
Berikan setiap pekerja keupayaan untuk mengubah kata laluan dan tetapan mereka, tetapi mengekalkan hak pentadbiran supaya jika mereka meninggalkan syarikat, anda masih boleh mengakses dan menguruskan akaun e-mel mereka.

Jika anda pemilik perniagaan kecil, anda memerlukan alamat e-mel custom ini.

Ingat: 'First Impresion' adalah penting, dan bagaimana pelanggan berpotensi melihat anda akan menentukan keberhasilan jenama anda. Pertimbangkan alamat e-mel anda pada kad bisnes anda, dan pastikan ianya epic!!

Terjemahan Dari : Sumber

0
0
0
s2sdefault

© 2018 The Sites All Rights Reserved | Web Dev | Management