Jangan Tertipu Dengan Perkhidmatan Membuat Website yang Murah

 

Saya merupakan salah seorang pelanggan seorang freelancer yang menyediakan perkhidmatan membuat laman web yang murah. Baca cerita saya dari awal. 

Saya mempunyai budget sebanyak RM 600.00 dan terfikir untuk membuat website ecommerce yang menawarkan barang-barang rumah seperti almari dan sebagainya. Saya diberitahu oleh freelancer tersebut, website itu hanya memerlukan template dan hosting yang baik untuk berjalan seperti website terkemuka yang lain. Tanpa berfikir panjang dan percaya dengan melayu, saya membayar penuh untuk dia memulakan website design tersebut. 



Selepas meminta bayaran penuh sebanyak RM 450.00, saya disuruh untuk membayar hosting sebanyak RM 150 pula, mungkin sebab dia tahu budget saya memang RM 600.00, dandan sahaja hosting pun bernilai RM 150. 

Akhirnya tiba tarikh untuk memberi website saya, macam-macam alasan diberikan. Yang siap, hanya website sampah. Di katakan pula saya perlukan domain dan sebagainya untuk menerima bayaran dari local bank. Perlu bayarkan sebanyak RM 588 lagi untuk charge perkhidmatan dan yuran untuk dia masuk kan aplikasi itu. 

Setelah saya rujuk pada anak buah, (bekerja sebagai web developer/business manager) baru saya tahu yang sebenarnya apa yang di katakan memang betul. Tapi kalau macam tu, jangan lah di pancing nya saya dengan RM 450 sahaja pada awal nya. Saya pelanggan yang memang tidak tahu menahu apa apa tentang website. Bila awak janjikan saya RM 450 siap semua, sepatutnya itu sahaja. Ini lepas tu baru nak minta duit lain hosting, duit lain domain, duit lain bayaran aplikasi, duit lain bayaran marketing seo dan sebagainya. 

Kita hubungi awak dan terima untuk RM 450, sebab kita memang takda budget besar. Tapi bila awak tipu mcm tu, sekarang minta duit lagi kita takda, habis yang sebelum ni, hangus. buat rugi duit kita je. 

Jadikan pengajaran kawan kawan. Tanya biar betul semua ya.

Majalah.com

0
0
0
s2sdefault

© 2018 The Sites All Rights Reserved | Web Dev | Management